ShaRing IS CaRing

Thursday, 8 November 2012

Majlis Perpisahan Guru Bimbingan & Kaunseling

Khamis,8 November


Madah terakhir buat sahabatku Rohaya..

Masih ingatkah dikau Cg Aya,membuka jalan untukku berkarya di laman kerdil ini,
Memotret kenangan SKTJ,bersemadi berkubur di hujung jejari,
Moga menjadi kenangan sepanjang hidup ini,
Agar diingati hari demi hari..

Kami semua amat menyanjung dedikasi dan komitmen Aya terhadap sekolah,
Walau berpuluh batu dari Ajil, bukan alasan untuk Aya ponteng bertugas,
Tabik juga buat sang suami yang setia menjadi 'drebar',
Bukan calang-calang orang yang sebegitu cekal selama 3 tahun meredah lalulintas..

Sambutan meriah di hari perpisahan, petanda dekatnya Aya di hati warga sekolah,
Guguran airmata sahabat dan anak-anak, petanda sayangnya melepaskan Aya melangkah,
Doa dan harapan bukannya payah, moga terus kekal mencurah kudrat,
Di SK Kuala Berang bakal keringat tercurah..

Sayonara dan maafkan segala kesilapan dan keterlanjuran kami semua,
Semoga Aya mendapat ramai lagi sahabat seistimewa kami..Insyaallah.




Langkah longlai tatkala perpisahan semakin menghampiri




Cg Rohaya yang mencetus idea untuk saya menjadi blogger


Tidak dapat menahan sebak..hebatnya cg Rohaya





Dekat di hati warga sekolah 
 
Patah tumbuh hilang berganti.Sahabat sejati sahaja yang memahami

 
 
   

 
 
 

 


 
Kenangan yang tidak mungkin akan kembali lagi













No comments:

Post a Comment